Sertai Amanah selepas 40 tahun bersama Pas

Sertai Amanah selepas 40 tahun bersama Pas - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang MOTONG KOMPAS ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sertai Amanah selepas 40 tahun bersama Pas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel agama, Artikel berita malaysia, Artikel berita terhangat, Artikel budaya, Artikel info populer, Artikel info terkini, Artikel Koran, Artikel news paper, Artikel politik, Artikel RTB, Artikel RTM, Artikel sekilas info, Artikel seni, Artikel TVRI, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sertai Amanah selepas 40 tahun bersama Pas
link : Sertai Amanah selepas 40 tahun bersama Pas

Baca juga


Sertai Amanah selepas 40 tahun bersama Pas

Oleh MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Mat Deka melipat bendera Pas sambil dibantu Ketua Pemuda
Amanah Kuala Kangsar Hasnul Zulkarnain sebagai gimik
berakhirnya sokongan terhadap parti yang disertai sejak
40 tahun lalu
Selepas lebih 40 tahun bersama Pas, seorang ahli tegar parti itu mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

 Mohd Hamka bersama 41 orang yang lain menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus dalam satu majlis di Kampung Jelian, Manong, Kuala Kangsar hari ini.

 Untuk rekod, Kampung Jeliang adalah antara cawangan Pas Kawasan Kuala Kangsar yang paling lama ditubuhkan dan sangat aktif.

 Mohd Hamka yang lebih dikenali sebagai Mat Deka oleh penduduk setempat adalah penggerak utama Pas dan telah menjadi ahli parti itu sejak tahun 1977.

 Tindak-tanduk dan pendekatan Pas sejak kebelakangan ini katanya, antara faktor pendorong kepada beliau dan rakan-rakannya untuk keluar daripada parti yang telah lama didukung itu.

 Lebih mengecewakan beliau apabila Pas mengambil keputusan membatalkan kerjasama politik dengan PKR dan sebelum itu menguburkan pakatan Rakyat yang diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). 

 Mat Deka berkata, beliau mengambil keputusan menyertai Amanah setelah melihat kesungguhan parti itu untuk menumbangkan BN seperti yang dididik oleh Pas sejak sekian lama.

 Katanya lagi, kebersamaan Amanah dalam gabungan besar Pakatan Harapan turut menjadi faktor kepada beliau dan rakan-rakannya menyertai parti baharu itu yang turut bertunjangkan Islam itu. 

 Dalam Majlis Kenduri Rakyat anjuran Amanah Kuala Kangsar itu, Mat Deka telah melipat bendera Pas sebagai gimik berakhirnya kebersamaan beliau dengan parti Islam itu.

 Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi; Ketua Amanah Kuala Kangsar, Hasnul Zulkarnain dan Bekas Calon Amanah ketika Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli.

Kapten (B) Mohd Ali menyerahkan borang keahlian Amanah kepada
Ketua Pemuda Amanah Kuala Kangsar Hasnul Zulkarnain
 Sementara itu, dalam majlis yang berasingan, bekas Pengerusi Tetap Pas Kawasan Padang Rengas, Kapten (B) Mohd Ali turut mengambil keputusan menyertai Amanah.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Hasnul Zulkarnain yang juga Ketua Pemuda Amanah Negeri Perak dalam program minum pagi yang diadakan di Padang Rengas pagi tadi.

 Mohd Ali adalah antara tokoh masyarakat dan telah diberikan amanah memegang jawatan pengerusi tetap Pas kawasan itu itu selama 15 tahun. ~ sumber


Demikianlah Artikel Sertai Amanah selepas 40 tahun bersama Pas

Sekianlah artikel Sertai Amanah selepas 40 tahun bersama Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sertai Amanah selepas 40 tahun bersama Pas"

Posting Komentar